Hari ini aku bekerja di farmasi seperti biasa. Seorang pelanggan mengambil masa yang lama membelek supplement untuk dibeli.Aku pernah bertanya apa yang dicari tapi dia mungkin tidak mendengar.
Setelah 5 minit dia menegurku.
"Saya nak cari supplement utk hilangkan letih badan.Lately saya sangat letih."
Saya pun menunjukkan multivitamin +ginseng yg popular.
Dia kata dia sudah beli.Saya bertanyakan tahap kesihatan dia sama ada dia ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Jawapannya tiada.
Kolesterol encik tinggi ke? Ada buat full blood test?
"Ada.Semua ok."
Saya menjangkakan visceral fat dia tinggi dan mempunyai hati berlemak kerana dia berperut buncit lantas memberi supplement yang sesuai.
"Saya sebenarnya pernah terlibat dengan accident dan pernah koma."
Saya memandang pelanggan ini dan membiarkan dia menceritakan tragedi yang menimpa hidupnnya.
Pelanggan lelaki ini ku namakan Azhar (bukan nama sebenar). Usia dalam lingkungan umur lewat 30an.Dia bercerita dia pernah terlibat dengan kemalangan hit n run pada tahun 2017.
Pagi itu dia menunggang motosikal seorang diri ke tempat kerja dan dilanggar kereta yang laju melencong ke kiri tanpa memberi signal.Badan Azhar terhumban dan kepalanya menghantuk divider jalan. Topi keledar yang dipakai pecah.Pasti hentakannya sangat kuat.Kepala cedera teruk berdarah dan Azhar pengsan.Darah penuh membanjiri jalan.
Ramai yang mengerumuni tempat kejadian.Ambulans datang dengan segera begitu juga isterinya yang merupakan anggota polis.
Nasib baik Azhar cepat dibawa ke hospital.Lambat sedikit pasti Azhar sudah tiada sebab dia banyak kehilangan darah.
Di hospital dugaan sekali lagi menimpa sebab darah jenis O sudah kehabisan.Ibu bapa Azhar dari Alor Setar Kedah dengan segera datang ke hospital di Kuala Lumpur itu untuk menyelamatkan anaknya.Bapa Azhar mempunyai darah yang sama dan menderma darah secepat mungkin.
Setelah cukup bekalan darah baru pembedahan dapat dijalankan. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan Azhar dapat diselamatkan.
Tetapi Azhar masih belum sedar.Dia koma sebab kecederaan otak yang parah dalam kemalangan itu.
Dua kali pembedahan dilakukan.Yang pertama untuk mengeluarkan darah beku.
Tetapi lama kelamaan otak Azhar membengkak dan mengandungi kuman.Kepala Azhar semakin membesar.
Azhar masih koma.Kaum keluarga dan isteri Azhar pun bingung dengan keadaan Azhar.Pembedahan kedua terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kuman dalam otak.Peluang untuk Azhar selamat 50 50.
Isteri Azhar pun bersetuju untuk pembedahan kedua.Dia redha akan apa yang akan terjadi.Doktor sudah berusaha membuat apa yang terbaik.
Pembedahan kedua berjalan selama 8 jam.Tempurung kepala Azhar terpaksa dibuang dan diganti dengan pembedahan implan titanium.Alhamdulillah pembedahan berjaya dan Azhar selamat.Azhar sudah tiada tempurung kepala lagi.
Kerana kecederaan otak, Azhar koma selama 3 bulan.Dia hanya terbaring.Semasa koma,dia memang bermimpi beberapa kali tapi dia tak ingat.Cuma ada satu mimpi yang dia ingat sampai bila bila.
Mimpi itu mimpi terakhir.Mimpi yang paling menakutkan antara banyak mimpi.
Dalam mimpi itu dunia sudah kiamat.Semua manusia sudah
dibangkutkan dari kubur masing masing.
Azhar bersama umat manusia yang lain dikumpulkan di Padang Masyar. Amalan mereka telah ditimbang seorang demi seorang.Kemudian mereka berbaris di titian panjang.
Di depan ada selautan api menjulang membenamkan berjuta manusia.Jeritan meminta tolong tidak berhenti henti.Itulah neraka.
Azhar menghampiri pintu neraka.Di kiri kanannya api panas menggelegak menyala menyala.
Azhar berpeluh peluh.Dia tidak ingin ke neraka.Dia teringat dosa dosanya yang sering meninggalkan solat.Dia berdosa pada orang tuanya.Dosa besar pun banyak.
Di pintu neraka ada penjaganya yang bernama Malik.Azhar tahu dia bukan manusia.Mesti malaikat Malik. Muka hitam, garang dan menakutkan. Masa itu Malik memberi dia senarai nama tetapi dia tidak ingat. Yang dia ingat Malik berkata sebelum menghumban dia ke neraka.
"Katakan kepada mereka yang neraka itu wujud."
Lantas Azhar tersedar dari komanya.Setelah 3 bulan!
Sesungguhnya syurga dan neraka itu memang wujud.Alhamdulillah Allah masih sayangkan dia dan ingin dia memdekatiNya.Tidak semua orang diberi petunjuk sebelum ajalnya sampai.
Meremang bila mendengar kisah Azhar.
Doktor melarang Azhar menunggang motor lagi.Memang Azhar pun tak berani. Kerana kemalangan itu dia hilang ingatan selama setahun lebih.Dia juga tidak dapat berjalan dengan sempurna sebab otot kaki lemah.7 tahun berlalu dan dia beransur pulih.
Azhar terpaksa belajar sembahyang dari basic sebab dia sudah lupa segalanya.Dia juga berjanji tidak sesekali meninggi suara pada orang tuanya.
Azhar cuba mengingat nama apa yang diberitahu Malik di neraka.Setelah sekian lama baru dia ingat.Nama itu adalah Muhammad.Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Banyakkan berselawat padanya kerana dialah pemberi syafaat di Akhirat nanti.
Sesungguhnya neraka jahanam itu benar dan Azhar baru bangkit dari neraka!
Catat Ulasan