Anak lelaki kepada seorang bilionair yang merupakan pemilik pasukan besbol telah mengeluarkan permohonan maaf selepas dua rumah agamnya yang bernilai berjuta-juta dolar di Los Angeles diconteng oleh penghuni setinggan.
John Powers Middleton, 40, yang bapanya memiliki pasukan besbol Philadelphia Phillies, menerima kecaman apabila hartanah mewahnya dipenuhi graffiti akibat perbuatan vandalisme mereka.
Rumah agam Sunset Plaza yang dahulunya merupakan rumah yang cantik dengan tiga kolam renang dan pad pendaratan helikopter kini dicemari dengan grafiti.
John berkata: “Saya ingin memohon maaf kepada penduduk Los Angeles terutamanya kepada jiran saya. Apa yang berlaku kepada dua buah rumah yang saya miliki adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.”
Rumah agam John yang lain bernilai AS$6.53 juta (RM26.94 juta) juga telah menjadi sarang aktiviti haram akibat perbuatan perompak dan setinggan.
Pihak berkuasa terpaksa mengusir 10 orang setinggan dari rumah itu dalam bulan ini sahaja.
Catat Ulasan