Toray V-Izu TCM-2
Tahukah anda basikal yang digunakan kontinjen Jepun ketika sukan olimpik yang lalu setiap satunya lebih mahal berbanding sebuah Tesla Cybertruck?
Basikal V-Izu TCM-2 dibuat oleh firma Toray daripada bahagian gentian karbon dengan setiap satunya bernilai £108,000 (RM614,018). Ini lebih mahal berbanding sebuah Tesla Cybertruck Cyberbeast yang dijual pada harga $119,990 (~RM 533,865).
WX-R Vorteq
Basikal WX-R Vorteq yang digunakan oleh Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Paris dilaporkan bernilai RM385,800 sebuah sementara pemenang pingat perak acara keirin dari Australia, Matthew Richardson sekadar menggunakan basikal “murahan” bernilai £47,000 (~RM 267,210).
Selain keseluruhan struktur dan rim tayar diperbuat daripada gentian karbon, mekanisme kayuhan basikal V-Izu TCM-2 ini juga unik kerana diletakkan pada bahagian kiri atas sebab bagi meningkatkan aerodinamik ketika dikayuh.
Catat Ulasan