Batang Pisang Berbuah

 
Seorang lelaki di Klaten wilayah Jawa Tengah terkejut apabila mendapati pokok pisang kepok di kebunnya berbuah pada bahagian batang pokok.

Lelaki dikenali sebagai Sugeng menyifatkan perkara itu sebagai luar biasa kerana pokok pisangnya berbuah dengan cara berlainan. 

“Pokok pisangnya unik. Orang ramai juga hairan kenapa ia tumbuh seperti ini (dari batang),” kata Sugeng. 

Lebih mengejutkan apabila tanaman setinggi 2.5 meter itu sudah berbuah meskipun belum ‘matang’. 

“Pokok ini belum matang tetapi sudah berbuah dari tengah,” tambahnya. 

Sugeng juga berharap pokok pisang ini menjadi penanda kebaikan meskipun dianggap aneh.

 

0/komen