Beauty And The Beast


Group sebelah sedang hangat menjana AI berkaitan dengan "Beauty and the Beast" termasuklah saya. 

Sebenarnya ada kisah juga lah saya dengan makhluk ni. Tapi bukan Arjuna yer... 

Kisah ni berlaku masa saya dan beberapa orang kawan perempuan berkelah di Lata Meraung Jerantut. Tak silap saya masa tu saya di tingkatan 3. Sebelum saya bertemu dengan Arjuna. 

Masa tu saya cari tandas untuk buang hajat kecil. Tapi semakin jauh saya berjalan rasa macam semakin ke dalam hutan. Suasana terang bertukar suram dan lembab. Maka tahulah saya bahawa saya sudah masuk ke alam sana. Perlahan saya berjalan mengundur (salah satu cara untuk keluar daripada alam sana kalau sedar dah 'sesat') dengan harapan saya akan jumpa jalan keluar. 

Masa saya sedang undur ke belakang tiba-tiba saya terlanggar makhluk yang lebih kurang begini lah rupa dia. Cuma gambaran AI ni terlampau kacak dan telinga pun tak agak-agak panjangnya 😌. 
Kepala saya betul-betul paras bawah dada dia. Besar, tinggi dan sado makhluknya. Makhluk itu memegang kepala saya dengan tapak tangannya yang besar sama seperti kita memegang buah kelapa. 

"Kau ni apa benda? Kau makan orang ke? Kau nak makan aku ke?" Macam tu lah saya soal dia bila mata dia yang warna biru tu merenung saya. 

"Kau ni manusia ke?" Soal dia kepada saya. 
"Kau rasa?" Saja saya nak tengok akal dia sebab sepertinya dia sangat baik.

"Eh... Kau tak boleh berada dalam ni. Kau nampak tak batu tu? Kau jalan terus jangan pandang belakang lagi. Jalan terus sampai jumpa matahari. Cepat!!" Arah dia bila dia sedar saya seolah-olah cuba untuk wujudkan perbualan antara kami. 

"Alaaa aku baru nak ajak kau borak" Cemuh saya.
"Jalaaaan..." Dia memusingkan badan saya ke arah batu besar yang berada hampir 200 meter di hadapan dan menolak-nolak saya dengan jari telunjuknya yang keras macam kayu supaya saya berjalan laju. 

Saya terus berjalan seperti yang dimintanya tadi. Sebelum saya melangkah keluar daripada kawasan itu, saya kembali berpaling dan dia tersenyum kepada saya. 

"Jangan cuba untuk bersahabat dengan aku. Bila aku dah sayang, kau tak akan aku lepaskan lagi..." 

Pesannya sebelum dia hilang daripada mata saya dan suasana kembali terang benderang.

Sebenarnya, bila dah termasuk ke alam sana. Kita ada pilihan untuk keluar. Mereka bukanlah 'kejam' dan 'terdesak' sangat nak manusia jadi sebahagian daripada mereka (kecuali termasuk alam bangsa jin kafir). 

Cuma kita ni yang cepat sangat terpesona dengan alam mereka sehingga bertangguh untuk keluar daripada alam mereka. 
Manusia bila dah 'menjelajah' alam mereka terlampau lama, tak akan dilepaskan dengan mudah. Pilihan akan diberi samada kekal di alam sana (untuk menjaga rahsia alam) atau pulang dengan akal yang tidak penuh dalam erti kata kurang waras. Pilih lah..
 

0/komen