Beli Pampers Kat Siapa Dik?


Seorang budak datang farmasi, berpeluh peluh saya tengok dia, basah baju, beli pampers dewasa satu pack. Saya kenal budak ni. Selalu datang beli pampers dewasa.

“Saya beli dekat mak. Mak kena strok”. - jawabnya.
Saya tanya dia awat berpeluh-peluh?

“Saya lari mai sini kak. Rumah saya di Taman SA. Basikal saya rosak. Pampers mak dah habis. Saya lari takut nanti ribut pulak mai”.
Saya buat buat busy key in sambil bertanya mana ayahnya.

“Ayah kat KL. Jaga atok, atok kena leukaemia”

Saya tanya dia habis siapa jaga dia? Siapa masak? Makan macam mana?

“Saya dan kakak beli makanan hari2. Kakak pun masih sekolah lagi.. Kami jaga diri sendiri ja”

Katanya sambil menghulur sehelai wang kertas note RM20.

Inilah kehidupan.. Kadang kala kita rasa kita susah, ramai lagi yang benar benar susah. 

Kadang- kadang kita rasa kita sudah berjaya, ada masa kita pandang rendah dekat orang yang belum berjaya, jangan lupa, kita berjaya bukan sahaja sebab kita rajin dan sebagainya, tapi sebab Tuhan yang bagi peluang kat kita. Orang lain tak semestinya berpeluang seperti mana Tuhan buka peluang untuk kita. 

Hidup jangan selalu memandang ke atas. Lihatlah juga di bawah, dari mana kamu datang pada asalnya. 

“Tak apalah dik. Ambil balik RM20 ni bagi balik kat mak. Harini pampers free, jangan beli chocolate atau benda merapu. Bagi balik kat mak ok. Kirim salam kat mak”
 

0/komen