Cybertruck Yang Dihantar Ke Medan Perang Dinyahaktifkan


Pada bulan Ogos yang lalu, Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov memperlihatkan sebuah Tesla Cybertruck yang menurut beliau dihadiahkan oleh Elon Musk. Trak elektrik ini kemudiannya dilengkapkan dengan mesingan dengan Kadyrov mengatakan ia akan dihantar ke medan perang konflik Ukraine-Rusia.

Hujung minggu lalu beliau mengatakan Cybertruck ini telah dinyahaktfikan oleh Elon Musk mengakibatkan ia perlu ditarik keluar dari medan perang. Sungguhpun begitu, Kadyrov berkata dua lagi Cybertruck baharu yang turut telah diubahsuai untuk membawa mesingan telah dihantar ke medan perang Ukraine-Rusia sebagai ganti.

Laporan ini menunjukkan Tesla mempunyai keupayaan untuk menyahaktifkan kenderaan mereka dari jarak jauh sekiranya perlu. Ramazn Kadyrov ialah antara pemimpin yang dimasukkan ke dalam senarai individu yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat. Sejak konflik Ukraine-Rusia bermula hampir dua tahun lalu, pelbagai syarikat teknologi seperti Google, Samsung, Microsoft dan Apple telah menarik diri daripada pasaran Rusia.

 

komen