Daftar MyDigital ID Secara Atas-Talian


MyDigital ID telah  memperkenalkan kebolehan untuk orang ramai mendaftar secara atas-talian, dan tidak lagi perlu ke mana-mana kiosk atau lokasi berdekatan untuk tujuan pengesahan. Langkah ini juga secara tidak langsung dijangka akan memudahkan lagi orang ramai melakukan pendaftaran dan meningkatkan pengguna MyDigital ID tersebut sendiri.

Untuk melakukan pendaftaran, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi MyDigital ID pada Google Play Store atau Apple App Store. Seterusnya anda boleh memulakan proses pendaftaran terus melalui aplikasi berkenaan.

Menggunakan MyDigital ID, ia memudahkan anda log masuk ke pelbagai platform dengan mudah, disamping mempercepatkan proses pengesahan identiti. Pada hari ini, antara aplikasi yang menyokong penggunaan MyDigital ID adalah termasuk MySejahtera, MyJPJ dan juga portal MyGov. Kita mungkin melihat lebih banyak aplikasi mula mengintegrasikan sokongan MyDigital ID secara berperingkat dari hari ke hari.

Sehingga ke hari ini, ia dikatakan telah terdapat seramai lebih 600,000 pengguna berdaftar menggunakan MyDigital ID ini.
 

0/komen