Dipecat Tidak Beli Sarapan Pagi Untuk Bos


Seorang wanita di Shanghai dipecat kerana enggan membeli sarapan pagi untuk penyelianya dalam insiden yang mencetuskan kemarahan netizen di China.

Sebagai tindak balas terhadap kemarahan orang ramai, majikan terbabit kembali mengambil pekerja wanita itu tetapi memecat penyelianya.

Wanita yang dikenali dengan nama keluarga Lou itu adalah pekerja baharu di sebuah institusi pendidikan.

Lou berkata, penyelianya yang merupakan seorang wanita bernama Liu, mengarahkan dia membawakan kopi panas dan telur pada setiap pagi. 

Selain itu, Lou menyebut bahawa bosnya mahukan sebotol air minuman sentiasa disediakan untuk dia minum.

Apabila Lou bercerita tentang permintaan tidak munasabah itu  dalam laman kumpulan sembang tempat kerjanya, dia telah ditegur oleh pentadbir grup tersebut.

Selepas itu, Lou dipecat oleh jabatan sumber manusia dan dimaklumkan bahawa dia tidak akan menerima sebarang pampasan.

Namun, kisahnya mendapat banyak ulasan netizen seperti: “Bos ini melayan pekerja seperti pembantu percuma. Ia  tidak beretika dan boleh membawa kepada perbuatan buli.
 

0/komen