Hadiah Iphone 16, Jam Apple


Sebuah syarikat di China akan menghadiahkan setiap pekerjanya sebuah telefon bimbit iPhone 16 Pro bersama jam tangan Apple Watch Series 10.

Kakitangan Mediastorm iaitu sebuah syarikat media berpangkalan di China menerima hadiah istimewa itu.

Pengasas Mediastorm dikenali sebagai Tim mengumumkan bahawa setiap pekerja akan menerima iPhone 16 Pro termasuk pelatih selagi mereka berada di pejabat pada masa pengumuman.

Mediastorm mempunyai kira-kira 100 pekerja pada 2023.

Menariknya, ini bukan kali pertama pekerja syarikat itu menerima model iPhone terbaru daripada bos mereka.

Pada 2022 dan 2023, Tim juga memberikan iPhone 14 Pro dan iPhone 15 Pro masing-masing kepada pekerja syarikat itu. 
 

0/komen