Jus Buah Campur Air Kencing


Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan di India kerana menjual jus buah yang dicampur dengan air kencing kepada pelanggan.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Ankur Vihar Bhaskar berkata, penahanan itu dibuat berikutan aduan orang ramai bahawa mereka menyajikan minuman campuran jus dan urin kepada pelanggan. 

“Suspek dikenal pasti sebagai Aamir. Selepas mendapat maklumat, polis segera melakukan pemeriksaan di gerainya dan menemui bekas berisi urin."

Polis juga menyoal siasat ke atas pemilik kedai berhubung bekas tersebut, namun jawapan yang diberikan tidak memuaskan. 

“Seorang remaja turut ditahan dan tindakan lanjut sedang diambil,” tambah Ankur. 
 

0/komen