Kenduri Tetap ‘On’


Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Paya, Mahang, Kulim Kedah, tetap tidak menghalang penduduk kampung dan tuan rumah untuk melaksanakan kenduri seperti biasa walaupun air sudah meningkat ke paras paha.

Menerusi video ini, penduduk kampung kelihatan tenang menjamu selera sambil berteduh di bahagian bawah rumah.

Ada juga tetamu yang baru sampai beratur dengan tenang untuk mencedok nasi dan lauk walaupun paras air banjir kilat semakin meningkat naik.


Meriah serupa ‘healing’. Sempat masak baru banjir. Banjir pun kenduri tetap ‘on’, lagi sedap makan.

Tak perlu fikir nak cari tempat cuci tangan dekat mana dah. Bilik air pun tak gaduh nak cari.

Nasib baik sempat masak. Kita yang tengok ni macam kasihan, tapi ni memori untuk tuan rumah dan penduduk kampung.


0/komen