Kongsi ‘Air Con’ Dengan Penunggang Skuter


Cuaca panas terik menyebabkan seorang pemandu bas di bandar raya New Taipei membuka pintu kenderaan untuk berkongsi suhu penyaman udara dengan penunggang skuter,.

Pemandu bas tersebut kemudian memberitahu bahawa dia bimbang penunggang skuter itu terpaksa berpanas.

Disebabkan itu, pemandu berkenaan memutuskan untuk membuka pintu bas supaya penunggang skuter turut dapat menikmati suhu sejuk daripada penyaman udara

Pemandu bas tersebut mendapat pujian daripada netizen kerana kebaikan yang ditunjukkannya.

0/komen