LG Melancarkan Barisan TV OLED Dan QNED Baharu Di Malaysia

LG Electronics (LG) hadir dengan barisan TV OLED dan QNED baharu di Malaysia. Ia boleh didapati dalam tiga variasi yang terdiri dengan LG OLED EVO AI TV, LG QNED Mini-LED AI TV dan LG QNED AI TV. Kesemuanya juga dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah pengalaman hiburan di rumah ke tahap lebih baik. Selain itu dilengkapi pemprosesan AI a11 4K dan AI a8 4K terkini untuk peningkataan kualiti gambar, audio dan grafik yang lebih baik.

LG OLED EVO AI TV

Menurut LG, pemproses AI a11 4K yang digunakan pada TV OLED menjanjikan peningkatan prestasi grafik 70% dan 30% untuk kelajuan pemproses. Sementara itu pemproses AI a8 4K digunakan pada TV QNED pula mampu memberikan peningkatan 1.3 kali ganda dalam prestasi AI, 2.3 kali ganda dalam prestasi grafik dan 1.6 kali ganda kelajuan pemproses. Kemudiannya bukan sahaja mampu menawarkan pengalaman tontonan yang menyenangkan malahan lebih peribadi dan mengasyikkan.


LG QNED AI TV

Sebagai tambahan, setiap televisyen juga menyokong fungsi menarik lain seperti AI Super Scaling dan AI Director Processing untuk kualiti imej lebih menonjol. AI Sound Pro untuk audio yang mantap. Diikuti dengan ciri AI Picture Wizard, AI Acoustic Tuning dan AI Brightness Control yang akan mengenal pasti persekitaran tontonan untuk memperhalusi imej serta audio berdasarkan pilihan pengguna secara automatik.


LG QNED Mini-LED AI TV

Selain itu menawarkan versi webOS terkini dengan kemaskini selama lima tahun untuk pengalaman dipertingkatkan. Televisyen juga dilengkapi resolusi 4K 144Hz bersama teknologi AMD FreeSync dan NVIDIA G-SYNC. TV OLED dan QNED LG ini tersedia dalam pelbagai saiz dengan harga jualan seperti di bawah:



0/komen