Majikan Tolak Cuti Sakit


 

Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.

Menurut rakan mangsa, pekerja tersebut mengambil cuti sakit dari 5 hingga 9 September lalu selepas disahkan menghidap radang usus. 

“Dia dirawat di hospital selama empat hari,” katanya. 

Pada 12 September lalu, mangsa memohon cuti daripada majikan untuk hari berikutnya kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot. 

Bagaimanapun, dia dipaksa untuk datang bekerja dan menyerahkan dokumen bagi membuktikan penyakit yang dihidapinya. 

“Dia datang bekerja pada 13 September seperti diminta dan selepas 20 minit bekerja, dia rebah,” tambanya. 

Mangsa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

0/komen