Maut Selepas Bekerja 104 Hari


Seorang lelaki di China meninggal dunia akibat kegagalan organ selepas bekerja selama 104 hari berturut-turut dengan hanya mengambil cuti sehari.

Pekerja itu dikenali sebagai A’bao dan berusia 30 tahun. Dia bekerja sebagai tukang cat secara kontrak di sebuah syarikat.

Sebuah mahkamah membuat keputusan bahawa syarikat itu bertanggungjawab atas kematian mangsa dan menegaskan bahawa bekerja selama 104 hari adalah jelas melanggar undang-undang buruh China. 

Mengikut undang-undang negara itu, tiada pekerja perlu bekerja lebih daripada 8 jam sehari dan purata 44 jam seminggu.

Mahkamah menambah bahawa pelanggaran peraturan buruh memainkan peranan utama dalam sistem imun A’bao, menyebabkan ia menjadi lemah dan akhirnya mengakibatkan kematian.

Keluarga A’bao diberikan pampasan sebanyak 400,000 yuan (RM244,411) termasuk 10,000 yuan (RM6,110) untuk ganti rugi tekanan emosi selepas menang dalam kes saman mereka terhadap syarikat tersebut
 

0/komen