Motorola Edge 50 Rasmi

Peranti baharu Motorola Edge 50 telah dilancarkan baru-baru ini. Di mana ia bukan sahaja bertubuh nipis tetapi melepasi piawaian ketahanan hentakan MIL-STD 810H yang digunakan oleh pihak tentera.

Motorola Edge 50 dilengkapi skrin pOLED 1.5K 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Menguasai peranti adalah cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition, memori 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Ini dipadankan dengan sistem kamera 50MP (f/1.8) utama + 13MP (f/2.2) ultra lebar + 10MP (f/2.0) telefoto dan swafoto sebesar 32MP (f/2.4).



Baterinya pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 68W dan nirwayar 15W. Fungsi-fungsi lain yang turut disediakan adalah pembesar suara stereo (Dolby Atmos), bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1, NFC dan sambungan WI-Fi 6E. Motorola turut menjanjikan kemaskini dua versi sistem operasi dan tiga tahun pula untuk sekuriti. Di India Motorola Edge 50 dijual pada INR27,999 (~RM1,509) sebuah.

0/komen