Nothing Phone (2a) Plus akhirnya dilancarkan secara rasmi. Ia menjadi penawaran lebih baik buat Nothing Phone (2a) sambil mengekalkan elemen yang serupa dengan beberapa peranti Nothing yang lain seperti sistem LED Glyph unik.
Peranti ini menggunakan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menawarkan ciri tambahan lain seperti kecerahan puncak 1300nits dan kemampuan memaparkan paparan lebih dari 1 bilion warna (10bit). Menguasai peranti ialah cip Mediatek Dimensity 7350 Pro dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Terdapat juga 8GB RAM Booster disediakan yang membolehkan kapasiti telefon ini diluaskan sehingga 20GB RAM keseluruhannya untuk pengalaman multi-tugas lebih lancar.
Cip pemprosesan baharu itu menggunakan binaan lapan teras dengan kelajuan mencapai 3.GHz sekaligus mampu menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara. Prestasinya didakwa kira-kira 10 peratus lebih baik berbanding cip Dimensity 7200 Pro yang digunakan pada Nothing Phone 2a. Peranti juga menjalankan NothingOS 2.6 baharu berasaskan Android 14 yang diubahsuai untuk menjadi lebih ringkas.
Dwi-kamera digunakan pula terdiri dengan 50MP utama + 50MP ultra lebar dan swafoto juga sebesar 50MP. Melengkapi peranti ialah bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W dan boleh dicas semula melalui port USB-C. Diikuti juga beberapa ciri lain seperti pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo, NFC dan kalis air IP54.
Catat Ulasan