Pemilik Serah Ular Kepada Zoo


Seekor ular sawa Burma dipindahkan ke sebuah zoo selepas pemiliknya bimbang melihat pembesarannya yang pantas.

Ular betina bernama Mango itu berukuran 3.96 meter panjang dan seberat 36.28 kilogram.

Ia yang berusia tiga tahun setengah kini berada di bawah jagaan pihak Zoo Fort Rickey Discovery Rom, New York.

“Pemiliknya agak terkejut melihat betapa cepatnya ia membesar. Kami juga terkejut, namun bersedia dengan cabaran untuk menjaga haiwan yang hebat ini,” kata pihak pengurusan zoo dalam satu kenyataan.

Menurut zoo berkenaan, reptilia itu adalah ular albino Burma yang jarang ditemui.
 

0/komen