Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah diisytiharkan terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas Beirut, Lebanon malam kelmarin .
“Hassan Nasrallah sudah meninggal dunia,” kata jurucakap tentera pengganas zionis Leftenan Kolonel Nadav Shoshani .
Seorang lagi jurucakap tentera pengganas, Kapten David Avraham turut mengesahkan bahawa ketua Hezbollah itu telah ‘dihapuskan’ ekoran serangan kelmarin.
Sumber rapat dengan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran berkata bahawa komunikasi dengan Nasrallah telah terputus sejak petang kelmarin.
Satu kenyataan tentera pengganas berkata, serangan itu turut membunuh Ali Karake yang dikenal pasti sebagai komander barisan hadapan Hezbollah.
Beberapa komander kumpulan itu turut maut.“Semasa pemerintahan Hassan Nasrallah selama 32 tahun sebagai Setiausaha Agung Hezbollah, beliau bertanggungjawab atas pembunuhan ramai orang awam dan anggota tentera Israel,” kata kenyataan Tel Aviv.
Catat Ulasan