Resepi Cekodok Labu Manis


Bahan bahan
  • 1/2 biji labu.
  • 3 cawan tepung gandum 1 sudu serbuk penaik
  • 1 kotak kecil santan
  • 1/4 cwn gula perang atau gula putih ( tambah lagi kalau hendak manis)
  • 1 biji telur (optional)
  • Secubit garam
  • Air
Cara cara
  • Labu di buang kulit.
  • Rebus atau kukus labu hingga lembut@ empuk
  • Bila labu sudah  empuk.lenyekkan labu. Masukkan telur,,gula,santan,garam secubit dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga semuanya bergaul sebati.
  • Kalau adunan pekat,boleh tambah air hingga dapat adunan yang sederhana( macam hendak buat cekodok pisang tu) boleh ambil sikit rasa kalau cukup manis semua boleh lah mengoreng.
  • Sediakan minyak secukupnya.Saya goreng dalam periuk je.
  • Jemput adunan dengan tangan atau guna sudu..saya pakai tangan je..basuh dulu tangan dan sedia mengoreng bila minyak betul betul panas.
  • Goreng hingga kekuningan,sudah masak angkat dan hidang.

 

0/komen