Bahan bahan
- 1 kg tepung gandum
- Sepaket mauripan
- Udang (saiz udang terpulang kepada kesukaan memasing)
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam (secukup rasa)
Cara caranya
- Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Selepas mendapat adunan yang dikehendaki masukkan daun kucai dan kacau sebati.
- Biarkan adunan seketika sehingga ia mengembang.
- Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
- Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
- Selepas cucur nampak garing sekata, angkat toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan