Bahan bahan :
- 2 cawna tepung (saya guna tepung naik sendiri) 3 sudu tepung beras
- 1 cawan kelapa (putih sahaja)
- 1/4 cawan gula(ikut pada kemanisan yang di kehendaki)
- secubit garam Susu cair
- Air secukupnya.
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan di atas ke dalam besen.
- Masukkan air, sedikit susu cair dan masukkan sedikit sedikit sehingga dapat adunan yang sederhana pekat.
- Guna senduk atau whisk kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Kalau cair tambah sedikit lagi tepung atau kelapa.
- Sediakan periuk atau kuali. Masukkan minyak secukupnya. Jangan sikit sangat, nanti jemput jemput tak terapung dan leper.
- Pastikan minyak betul betul panas, masukkan jemput guna tangan. Bila kekuningan dan garing, angkat dan toskan minyak.
- Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
**Pasti kan minyak betul panas, untuk elakkan jemput2 serap minyak.
Catat Ulasan