Rider Larikan Budak


Polis menemukan kanak-kanak lelaki yang didakwa diculik oleh seorang penunggang teksi motosikal (ojol), manakala suspek telah diberkas.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, Asisten Komisioner Alvino Cahyadi berkata, mangsa ditemukan di sekitar kawasan Serpong, dalam wilayah Banten.

“Suspek sudah ditahan. Dia ditangkap Isnin lalu di sekitar kawasan Alam Sutera."

“Ketika ini, polis masih menyiasat kes tersebut,” kata Alvino.

Mangsa ditemukan pada awal pagi Isnin lalu lokasi sekitar sebuah surau yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Sebelum itu, kejadian penculikan tersebut menjadi tular selepas rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa didatangi suspek ketika sedang bermain dengan dua rakannya.

Suspek yang memakai jaket rider berwarna hijau mengajak mangsa dan rakan-rakannya membantu mengangkat beg pakaian dan berjanji akan memberi upah sebanyak 20,000 rupiah (RM6).

Dua rakan mangsa diturunkan berhampiran kawasan perkuburan di Jelupang, manakala mangsa dibawa lari oleh pelaku.
 

0/komen