Surah Mu’awwizatain



أُنْزِلَ، أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ، المُعَوِّذَتَيْنِ

Maksudnya: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu Al-Mu’awwizatain (surah An-Falaq dan surah Al-Naas).”

Riwayat Muslim (814)

- Mu’awwizatain mengandungi dua surah Madaniyah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas yang mempunyai sebelas jumlah ayat iaitu lima ayat dalam Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas. Kedua-dua surah yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” atau “Ta’awuz” kerana mengandungi permohonan perlindungan.

- Ia diturunkan apabila Nabi Muhammad ﷺ selalu berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia, syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.

- Surah Al-Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan segala makhluk dan juga perbuatan-perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya.

- Surah An-Naas pula mengajar kita untuk memohon kepada-Nya dengan perlindungan terhadap bahaya-bahaya batin seperti ancaman dari syaitan mahu pun jin, juga tipu daya makhluk, perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah dan amal ibadat kita.
 

 

0/komen