SUV Jatuh Tanah Jerlus


Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ‘disedut’ masuk ke dalam tanah jerlus yang dipenuhi air di New York awal kelmarin.

SUV yang dipandu seorang lelaki itu adalah milik teman wanitanya.

Ketika kejadian, mangsa cuba mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain selepas diberitahu oleh jiran bahawa paip utama bawah tanah bangunan apartmen mereka pecah. 

“Teman lelaki saya memandu SUV itu, namun kenderaan tersebut masuk ke dalam tanah jerlus,” kata wanita berkenaan, Vincenza Malagiere.

Tanah jerlus itu terbentuk selepas paip air utama bawah tanah pecah.

Polis New York kemudian meminta sebuah trak tunda untuk menarik SUV tersebut keluar dari tanah jerlus tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

0/komen