Abaikan Emel Dan Panggilan Telefon Kerja Selepas Waktu Pejabat


Australia menjadi sebuah lagi negara yang memberikan hak kepada golongan pekerja untuk mengabaikan emel serta panggilan telefon berkenaan kerja selepas waktu pejabat. RUU yang memberikan hak pekerja tidak dihubungi selepas waktu pejabat ini berkuat kuasa bermula hari ini.(26 Ogos 2024 )

Sokongan ke atas RUU ini meningkat kerana penggunaan teknologi digital yang kini semakin meningkat khususnya selepas pandemik Covid-19 dilihat menceroboh waktu peribadi golongan pekerja. Dalam satu pungutan suara yang dilakukan oleh Australia Institute tahun lalu, pekerja negara tersebut didapati secara purata bekerja lebih masa 281 jam tanpa bayaran yang bersamaan dengan produktiviti percuma A$130 bilion (~RM 383 bilion) kepada majikan.

Pergerakan meminta hak tidak dihubungi selepas waktu pejabat dimulakan di Perancis pada tahun 2016 sebelum turut diperkenalkan di Belgium dan Portugal. Di Korea Selatan pula pada Mac 2018  komputer penjawat awam dimatikan selepas waktu pejabat bagi mengelakkan mereka bekerja lebih masa.

Pergerakan lain yang semakin mendapat sokongan ialah bekerja empat hari seminggu dengan eksperimen mendapati pekerja lebih sihat dan gembira tanpa pengurangan produktiviti ke atas syarikat. Di Malaysia kesemua perkara di atas disokong oleh golongan pekerja tetapi cukup ditakuti oleh MEF.


 

0/komen