Acer TravelMate P6 14 AI Dilancarkan


Intel telah melancarkan keluarga cip Lunar Lake mereka. Cip ini telah digunakan pada banyak laptop AI baharu ketika pelancarannya di IFA 2024 yang berlangsung di Berlin. Sudah semestinya, Acer turut melancarkan produk mereka tersendiri dan yang paling menarik, produk ini mempunyai berat bawah 1KG.


Ia adalah Acer TravelMate P6 14 AI. Beratnya adalah 0.99 KG dan keunikan baru pada laptop ini adalah cip Lunar Lake yang mempunyai bateri bertahan sehingga 29 jam (ujian makmal) dan sekitar 20 jam penggunaan sebenar. Ini adalah ketahanan bateri yang menakjubkan kerana laptop Copilot+ PC dengan cip Snapdragon hanya boleh bertahan bawah 20 jam. Skrin laptop ini pula adalah 14.0-inci WQXGA+ dengan nisbah paparan 16:10 serta kecerahan sehingga 400 nit.

Cip yang digunakan pula adalah Intel Core Ultra 7 processor 268V/266V/258V/256V dengan (Intel AI Boost). Ia dipadankan pula dengan GPU Intel Arc. Kemudian memori dan storan adalah mencapai 32GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman sehingga 1TB. Untuk rekaan, laptop ini direka dengan bahan binaan aloi magnesium berbanding keluli tahan karat. Lebih menakjubkan adalah, berat laptop ini hanya 0.99 KG.



Lain-lain adalah sambungan seperti Wi-Fi 7 Wireless LAN dan Bluetooth 5.4. TravelMate P6 14 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri AI, tidak kira untuk bekerja atau membantu pengguna kreatif. Laptop ini akan mula dijual pada awal Januari 2025 dengan harga bermula USD$1,499.99 iaitu sekitar RM6500.

0/komen