aku kongsikan satu kisah sahabat baik aku yang kena santau jarak jauh...arwah yusof..kejadian ni berlaku semasa aku dengan yusof ni kerja kilang di Penang.
arwah Yusof ni muda daripada aku setahun...dia kawan sekampong aku, masa tu usia yusof baru 18 tahun ..
biasalah keja kilang ni pasti ada pekerja perempuan yang kerja sekali.. yusof kawan aku ni memang kacak bebadan tinggi tegap.. berdarah kacukan melayu pakistan..hari berlalu arwah yusof telah berkenan dengan sorang awek dikilang kami keja ni.. biasalah kami keja satu dipartment..bila keluar rehat nanti dok makan sekali sama sama dengan perempuan juga.
awek yang yusof kawan ni orang langkawi.yang bernama rose..
cantik putih kecik molek ja orangnya...yusof dengan rose mulanya berkawan biasa ja, lama kelamaan mulalah jatuh cinta depa berdua..lebih kurang setahun depa berdua bercinta..satu hari tu yusof bagi tau kat aku yang dia nak pinang si rose.. yusof tanya pendapat aku...aku cakap ok lah tu hangpa berdua pun dah kawan lama bahkan dah bercinta pun..kata aku kat arwah yusof..
lebih kurang sebulan macam tu yusof pun hantar wakil pergi meminang si rose..aku dah tau yusof ni bertunang, aku pun tanya berapa lama hang ikat tunang dgn rose.. yusof cakap setahun ja ..aku kata oklah tu lagi cepat lagi lah baik..
nak tunggu sampai setahun ni pun lama juga .. yusof dengan rose ni jarang datang makan dengan kami sekali mungkin dia dah bertunang dia segan lah nak borak borak dengan kami ni yang waktu tu memang happy ja..
satu hari tu yusof bagi tau kat aku dia bertengkar dengan rose, sebab cemburu..aku pun kata kat yusof biasalah orang perempuan memang cemburu lah..lebih kurang sebulan tu, yusof bagi tau kat aku rose ni minta putus tunang...
aku pun tanya yusof awat sampai minta putus tunang..yusof cakap rose kata dia banyak perempuan, yusof kata memang lah dia banyak kawan perempuan tapi semua tu keja dengan kita sekali..satu kilang..tapi rose minta juga yusof putus tunang dengannya...
satu hari tu yusof bagi tau kat aku dia dah putus tunang dengan rose..dan rose pun tak mau keja lagi kat kilang ni
yusof dengan aku dan kawan kawan yang lain masih keja macam biasa dikilang tu ..lebih kurang 3 bulan setelah dia putus tunang dengan rose..satu hari tu yusof datang rumah aku dia cakap semenjak kebelakangan ni dia sering sakit sakit badan bila menjelang waktu magrib sampai kat nak subuh..
lepas tu yusof cakap dia jadi seram dan takut bila dudok dalam biliknya... kemudian tak lama yusof bagi tau kat aku..
aku tengok yusof selalu tak datang keja..kadang kadang sampai tiga empat hari dia tak datang keja..satu hari tu hari ahad aku pergi rumah yusof..masa dalam pukul 10 malam..aku bagi salam mak yusof yang jawab..arwah yusof ni ada tiga beradik ayah yusof dah lama meninggal.. yusof yang sulong..mak yusof pun pelawa aku masuk rumah ..rumah kampong rumah papan bertiang...lepas tu mak yusof kata pergi lah kat bilik yusof ada dalam bilik..aku pun bagi salam terus masuk ...waktu tu yusof sedang baring atas katil..
aku tanya dia awat hang tak pergi keja banyak hari yusof..dia cakap dia dah berhenti keja sebab sakit..ya aku tengok keadaan yusof pun dah banyak berubah dulu badannya tegap dan jadi kurus wajahnya pun pucat ja ..percakapan yusof slow antara dengar tak dengar..
memang teruk lah keadaan fizikel dia..aku pun tak lama lebih kurang sejam aku pun minta diri balik..semasa aku keluar dari bilik yusof aku toleh kebelakang tengok yusof aku nampak wajah dia amat menakutkan aku masa tu..
aku pun turun mak yusof ada ja kat beranda dengna adik adik yusof..mak yusof panggil aku shah mai sat makcik nak habaq...aku pun tanya habaq apa makcik..mak yusof cakap yusof tu dah kena santau dari jarak jauh...mak yusof kata lagi bukan yusof ja yang seram takut dudok rumah tu ..mak yusof pun rasa seram dan takut bersama dengan adik adik yusof..
bila aku dengar mak yusof cakap macam tu...aku pun tanya macik tak bawa yusof pergi berubat ka...mak yusof cakap dah pergi tapi keadaan yusof macam tu juga..lepas tu mak yusof cakap yang makcik tau dia kena santau ni sebab ada satu pawang datang berubat yusof bagi tau makcik..pawang tu cakap memang payah nak sembuh sebab orang yang hantarkan santau jarak jauh ni ...dah ikat sukma atau jiwa yusof dengan perantaraan makhluk halus jin..lepas tu aku tanya mak yusof habis sekarang ni makcik tak ikhtiar lagi ka...arwah yusof cakap ada sorang usztad datang tengok yusof..tapi usztad ni hanya boleh tenangkan yusof bila yusof sakit dan meracau..
aku tanya lagi makcik cakap tadi orang yang dekat rapat dengan yusof yang hantar santau ni..sapa dia tanya aku..mak yusof cakap ada satu pawang cakap bekas tunang yusof yang hantar santau ni gunakan bomoh siam dan pawang tu cakap kat makcik..dalam badan yusof ada 5 ekor jin kafir..
lepas aku dengar apa yang mak yusof bagi tau tu..aku pun minta diri balik rumah... selama 2 tahun sahabat aku yusof menderita sakit santau ni ...dia pun menemui ajal dengan asbab santau jarak jauh ni..sekarang ni dah hampir 40 tahun kisah sahabat aku arwah yusof meninggal...tapi aku masih ingat lagi apa yang berlaku pada dirinya..
namun apapun apa saja kejadian di alam ciptaannya sama ada yang ghaib mahupun yang nyata semuanya berkaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT jua.. sebagai bentuk ujian pada kita hambanya apakah kita benar beriman dan yakin serta mentauhidkan Allah SWT..
Catat Ulasan