
Penduduk menggesa polis agar segera menangkap pencuri yang melarikan wang disimpan di dalam bekas abu mayat di empat buah tokong di rantau Isaan, dalam wilayah Buriram.
Penduduk tempatan mendakwa bahawa wang itu dicuri untuk membeli dadah.
Salah seorang mangsa, Nittaya Saiyot, 71, membawa wartawan ke tempat kejadian di Tokong Sawai Tanguan kelmarin.
Terdapat banyak bekas abu mayat yang dipecahkan, menyebabkan sisanya bertaburan di atas tanah.
Menurut Nittaya, dia dan penduduk tempatan lain percaya bahawa pencuri itu ialah penagih yang mencuri wang untuk membeli dadah.
Dia turut menggesa polis untuk menangkap pencuri secepat mungkin kerana tiada tindakan diambil setakat ini.
Catat Ulasan