Daniel Disergah Pontianak


Kisah Daniel kena sergah dengan pontianak berlaku di satu tempat di Singapura jugak, Bukit Panjang. Malam tu mak cik aku buat katering untuk orang kenduri kahwin.

Selesai merewang, semua berborak di tempat letak kereta, dekat dengan sepohon pokok yang rimbun. Daniel masa tu membelakangkan semua orang sambil menggonggong botol susu.

Tidak sampai dua minit, Daniel menjerit melolong macam budak sakit terjatuh. Bila Aiman tanya kenapa, Daniel cakap, "Kakak tuuuuu...kakak tuuuu kacau kitaaaaa...buruk muka diaaaa....." semua dah tergamam.

Terus semua yang ada di situ bergegas dan balik ke rumah blok mak cik aku di Bukit Panjang, selang beberapa blok dari tempat kenduri.

Di rumah, Cik Zaman buatkan air semangat untuk Daniel. Tapi yang paling tak boleh dilupai sampai sekarang adalah pada tengah malamnya.

Sekeliling rumah mak cik aku di tingkat tiga dicakar sepanjang tengah malam sampai ke subuh. Kakak ipar dan mak cik aku masih hidup lagi kalau anda mahu dengar ceritanya.

Yang lagi buat mereka ketakutan, dinding disekeliling rumah mak cik aku ni semua kaca! Sepanjang malam mereka tak tidur kerana mendengar cakaran.

Tetapi, Cik Zaman ada juga belajar sikit-sikit ilmu ghaib ni. Dengan tenang, dia cakap, "tak apa, biarkan, pontianak tu tak boleh masuk. Biar dia cakar dinding tu."

Memanglah biarkan, masalahnya pada aku. Antara bunyi dan nampak, bunyi lagi meninggalkan kesan mendalam, terngiang- ngiang. Kesan cakar tu masih ada sampailah sekarang.

Kalau berkunjung ke Bukit Panjang, Singapura, boleh aku bawa dan tunjukkan kesannya. Daniel pula sekarang dah darjah dua.


0/komen