
Seorang pesohor media sosial di Pakistan mencetuskan kemarahan netizen selepas memuat naik video dia menunggang seekor harimau yang dirantai pada leher.
Nouman Hassan berkongsikan video tersebut di laman Instagram baru-baru ini.
Ia menunjukkan lelaki itu duduk di belakang harimau di sebuah kawasan terbuka.
Latar belakang video itu menunjukkan terdapat dua kandang, dengan setiap satu daripadanya menempatkan seekor singa jantan dan betina.
Video itu mengundang kemarahan pengguna media sosial dengan ramai menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan haiwan-haiwan tersebut dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap hidupan liar.
Manusia jenis apa yang sanggup merantai haiwan besar seperti itu untuk tujuan hiburan?
Harimau itu kelihatan tidak berdaya. Ini adalah kekejaman terhadap haiwan.
Nouman memelihara beberapa ekor haiwan liar termasuk harimau, citah, ular dan buaya.
Catat Ulasan