Seorang wanita terkejut apabila dikenakan caj lebih RM6000 selepas mengunjungi sebuah bengkel untuk membaiki kereta Viva miliknya yang mengalami kerosakkan di bahagian stereng.
Difahamkan, stereng itu sering bergegar ketika kereta berkenaan dipandu sehingga membuatkan wanita terbabit mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sebuah bengkel.
Namun alangkah terkejutnya wanita itu apabila diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM4777 ditolak dengan deposit RM1500 selepas kenderaan tersebut siap dibaiki.
“Aku ‘swipe’ kad bank bayar kos baiki kereta dekat bengkel tadi RM4,777, menggigil mat,” kata wanita itu .
Wanita itu turut menunjukkan gambar resit memaparkan senarai semua komponen yang diganti dengan harga kos keseluruhan RM6,277.
Rata-rata orang ramai berpendapat wanita berkenaan telah ditipu oleh pihak bengkel kerana mengenakan caj mahal selain menggantikan komponen tanpa sebab.
Walaupun terkejut dengan kos dikenakan oleh bengkel tersebut, ramai juga terutama lelaki mengakui bahawa kejadian seperti itu sememangnya sering terjadi kepada pelanggan wanita.
Minta buat aduan kepada pihak tribunal pengguna atas penipuan harga barang. ‘Steering rack’ Viva tak sampai RM3200. Harga tak masuk akal. Tulis set lengkap, tetapi barang lain tukar macam tambahan satu set lagi. Absorber RM500 pun pelik.
Perempuan kalau datang bengkel, ibarat serah diri untuk dipancung. Sudah tahap baik pulih sebiji kereta ini. Harga memang keras.
Catat Ulasan