Gunakan 28 iPhone Untuk Mengesan Ofsaid Dengan Lebih Tepat


Sistem Video Assistant Referee atau lebih dikenali sebagai VAR ialah sistem menjadi kontroversi di kalangan peminat bola sepak. Ia sudah digunakan di beberapa liga utama dunia termasuk Malaysia dan juga Piala Dunia 2022 serta Piala Eropah 2024. Kontroversi timbul kerana masih berlaku kesilapan walaupun VAR digunakan. Berikutan beberapa keputusan kontroversi, sistem VAR mengesan ofsaid Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/2025 akan digantikan dengan sistem Semi-Automated Offside Technology (SOAT).

SOAT menggunakan rangkaian 28 telefon pintar iPhone 14 dan yang lebih terkini untuk menjejak sebarang insiden ofsaid di atas padang. Ia menggunakan platform GeniusIQ yang dibangunkan oleh Genius Sports. Kamera akan diletakkan di sekitar stadium dengan ia merakam video pada kadar 200 FPS sepanjang masa..

Kadar bingkai tinggi ini membolehkan pergerakan kecil bagi mengesan ofsaid dan insiden atas padang dilihat dengan lebih terperinci berbanding sistem sebelum ini. Menurut Dragon, antara 7,000-10,000 titik pada tubuh setiap pemain dapat dijejak pada satu-satu masa. Kerana ia adalah sistem AI, proses memberikan keputusan boleh dilakukan dalam masa beberapa saat berbanding sistem VAR yang menerima kritikal mengambil masa terlalu lama sehingga menjejaskan rentak permainan.

Kesemua iPhone berfungsi dalam satu rangkaian khas dengan empat peranti diletakkan dalam satu pemegang khas lengkap dengan sistem kipas penyejuk dan kabel kuasa tersendiri. Sistem ini telah digunakan di liga bola keranjang NBA Amerika Syarikat menggunakan nama Dragon. Dengan SOAT, mungkin musim depan jenaka LiVARpool dapat dikuburkan.
 

0/komen