Hilang ‘Ditelan’ Ombak


Seorang remaja lelaki ‘ditelan’ ombak ketika merakam gambar di tebing batu sebuah pantai di Tulungagung, wilayah Jawa Timur.

Kejadian berlaku di Pantai Kedung Tumpang pada 13 Oktober lalu. 

Ketua Polis Pucanglaban, Inspektor Bambang Kurniawan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Roni Josua, 20, berkunjung ke pantai itu bersama 16 rakannya. 


“Mangsa sempat merakam beberapa gambar di tepi tebing berlatarbelakangkan pantai sebelum ditelan oleh ombak."

“Dia kemudian terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang." 

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu mangsa kerana ombak terlalu besar semasa kejadian,” kata Bambang. 

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Pos SAR Trenggalek, Nanang Pujo berkata, sebanyak tiga unit dikerahkan untuk mencari dan menyelamat mangsa. 

“Dua pasukan memantau dari darat, manakala satu lagi dikerahkan ke laut menggunakan bot,” tambah Nanang Pujo.

0/komen