Honor MagicBook Art 14 turut dibawa masuk secara rasmi ke pasaran global. Ia dilihat premium dengan gabungan tubuh serba nipis bersama kemasan yang menarik. Ia juga direka untuk zaman AI menerusi perkakasan dalaman dan perisian moden bagi membantu meningkatkan produktiviti kerja.
MagicBook Art 14 dilengkapi skrin sesentuh OLED 14-inci dengan resolusi 3.1K dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menawarkan kecerahan puncak 700 nits Bersama gamut warna DCI-P3 dengan 100% SRGB untuk pengalaman tontonan lebih memuaskan. Paling penting ialah komputer riba ini mempunyai teknologi 4329Hz PWM Dimming yang tinggi bagi meminimumkan isu kerlipan pada skrin.
MagicBook Art 14 dijana dengan CPU Intel Core Ultra 5 125H bersama GPU Intel Arc integrated graphics. Ini digabungkan dengan pilihan memori 32GB LPDDR5X, storan dalaman 1TB SSD dan bateri 60Wh yang menyokong pengecasan 66W. Satu lagi elemen hebat pada MagicBook Art 14 ialah kamera web yang boleh ditanggalkan. Kamera ini mempunyai resolusi 1080P dan boleh diubah agar bersesuaian dengan situasi yang diinginkan misalnya seperti sesi telesidang secara berkumpulan.
Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan yang termasuk butang Copilot khusus untuk akses pantas kepada fungsi Copilot dengan serta merta, AI Bidirectional Noise Cancelling yang memanfaatkan kuasa AI untuk menapis audio lalu meningkatkan perbualan dengan keupayaan pembatalan hingar secara dua arah.
AI-Empowered Collaboration – Magic Ring pula boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza. Pilihan I/O diberikan yang termasuk Thunderbolt 4, HDMI 2.1-TMDS*1, USB-A 3.2 Gen1, USB-C dan bicu audio 3.5mm.
Catat Ulasan