Tablet baharu Honor MagicPad 2 secara rasmi memasuki pasaran global. Ia dilihat menarik dengan peningkatan pada perkakasan dan perisian yang memungkinkan penggunaan lebih serius melebihi sekadar berhibur boleh dinikmati melaluinya.
Honor MagicPad 2 menggunakan skrin OLED 12.3″ dengan resolusi 3000 X 1600 piksel dan kadar segar semula 144Hz. Ia juga mampu memaparkan kecerahan puncak 1600nits dan mempunyai teknologi 4329Hz PWM Dimming untuk meminimumkan isu kerlipan. Menguasai tablet ialah cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan pilihan memori 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Sistem operasi MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14 juga digunakan dengan keupayaan pelbagai ciri berasaskan AI.
AI Noise Cancelling yang memanfaatkan kuasa AI untuk menapis audio dan meningkatkan perbualan dengan keupayaan pembatalan hingar dua arah yang unik. AI Voice To Text boleh menghasilkan transkripsi audio secara automatik, manakala AI Handwriting Beautification pula boleh menjadikan tulisan tangan lebih kemas dengan bantuan AI. Selain itu sebarang terma yang digunakan dalam subjek kimia, fizik atau sains kini boleh difahami dengan mudah melalui ciri AI Formulation Recognition.
Honor juga melengkapkan lagi tablet ini dengan bateri 10,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera utama 13MP, swafoto 9MP, lapan pembesar suara IMAX dan bluetooth 5.3. Tablet juga memiliki tubuh setebal 5.8mm dan berat hanya 555 gram. Sokongan aksesori tambahan seperti papan kekunci dan stylus turut menjadikan ia mampu memenuhi pelbagai keperluan harian. Harga jualan peranti ialah €599/ RM 2845
Catat Ulasan