Pemberontak Houthi yang menguasai ibu kota Yemen, Sanaa, menerbitkan rakaman video terbaru memaparkan mereka menyerang sebuah kapal tangki di Laut Merah dengan menggunakan dron.
Kapal tangki yang menjadi sasaran serangan ialah M/T Cordelia Moon. Kapal itu didakwa Houthi mempunyai kaitan dengan United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) walaupun mengibarkan bendera Panama.
Serangan menggunakan dron itu berlaku pada Selasa lalu. Semasa kejadian, kapal itu tidak membawa muatan dan tidak karam.
Menurut Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC), kapal itu diserang semasa belayar di selatan Laut Merah, kira-kira 118 kilometer dari Al Hudaydah di Yemen.
Kapten kapal itu berkata, serangan berlaku dalam beberapa peringkat.
Sebelum dron mengenai M/T Cordelia Moon dan menyebabkan kebakaran, empat peluru berpandu meletup berhampiran kapal tersebut.
JMIC mengesahkan bahawa M/T Cordelia Moon mengalami kerosakan tetapi tidak memerlukan bantuan.
Semua anak kapal dilaporkan selamat dan kapal itu menuju ke pelabuhan seterusnya.
Penilaian ancaman semasa menunjukkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Negara Pengganas Israel, AS atau UK berada dalam risiko tinggi untuk diserang.
Catat Ulasan