Kereta Buruk Di Lelong


Sebuah kereta jenama Iso Grifo klasik yang tersadai di dalam bangsal selama 46 tahun dilelong pada harga £765,000 (RM4.3 juta),.

Kereta model Iso Grifo A3/L Spider keluaran tahun 1964 itu terbiar sehingga dipenuhi karat, debu dan kotoran.

Kenderaan tersebut dimiliki seorang penerbit televisyen bernama Greg Garrison pada 1973, sebelum dibeli pula oleh pengumpul kenderaan terkenal, Rudi Klein.

Ia dilengkapi enjin V-8 yang mampu menghamburkan 300 kuasa kuda dengan kelajuan mencecah 171 kilometer sejam.

Meskipun dalam keadaan hampir sempurna, kereta itu memerlukan kerja pembaikan, pembersihan serta pemulihan.

Jurucakap firma RM Sotheby’s berkata: “Ini adalah masa untuk memulihkan Grifo Spider yang unik ini selepas puluhan tahun bersembunyi.”

Kereta itu  dilelong dalam acara lelongan The Junkyard: The Rudi Klein Collection’di Los Angeles pada 26 Oktober lalu.
 

0/komen