Kisah Hantu Tanpa Kepala


Nama saya Abu, Kisah ini berlaku kira-kira dua puluh tahun yang lepas. Saya ni seorang yang ceria, sekiranya kawan-kawan saya cerita tentang hantu atau cerita yang serius, mesti saya akan mentertawakan mereka.

Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Roslan. Dia selalu cerita yang tempat kawasan rumahnya itu keras.. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya terus kata, 

“Mestilah kawasan rumah kau keras kerana kawasan yang kau jalan tu semuanya batu…”

Kata saya terus ketawa. Lalu kawan-kawan saya yang lain pun turut ikut sekali ketawa.

Pada malam itu saya tiba-tiba terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk-jenguk ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul-betul menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok .Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu sangat terang. Saya pun masuk ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, saya rasa tak puas hati. Saya pandang lagi benda hitam itu. Pandang punya pandang, rupanya benda hitam itu berpakaian Cheongsam Cina, tapi tak berkepala. Benda hitam itu duduk macam wanita tertib. Tangannya diletak di atas lutut dan tubuhnya menghadap betul-betul ke arah tingkap dimana saya berdiri. Saya pun terus baca macam-macam ayat pun tak jalan jugak. Kemudian Saya terus masuk bilik dan tidur.

TAMAT..
 

0/komen