Langit Bertukar Warna


Penduduk di Bengaluru, India digemparkan dengan pemandangan langit bertukar warna-warni akibat pergerakan komet.

Komet dinamakan C/2023 A3 atau Tsuchinshan-ATLAS itu dipercayai menghampiri Bumi, namun  tiada risiko pelanggaran. 

Fenomena langit bertukar warna-warni seperti hijau, merah jambu dan kuning serta kelihatan seperti pelangi. 

Beberapa saksi berkata, mereka terperanjat melihat pemandangan luar biasa dan mempesonakan itu.

Kejadian jarang berlaku itu adalah hasil interaksi komet dan atmosfera Bumi. 

Ahli astrofizik, RC Kapoor menjelaskan bahawa pergerakan objek angkasa lepas tersebut yang paling  hampir dengan Matahari berlaku pada 27 dan 28 September lalu.

“Pergerakan itu akan kekal kelihatan di langit pada untuk beberapa hari pertama pada bulan Oktober,” tambahnya. 
 

0/komen