
Sebuah treler sarat muatan bata merempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Pahat, Johor selepas hilang kawalan akibat masalah brek petang kelmarin.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.45 petang itu memperlihatkan lori pasir tersebut lalu di lorong kiri jalan raya sebelum merempuh sebuah kereta dan dua orang penunggang motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh di tengah jalan, manakala kereta jenis sedan mengalami kerosakan di bahagian belakang dan bumper hadapan kereta tersebut tercabut.
Lori tersebut kemudian terus bergerak meninggalkan tempat kejadian kerana masalah brek.
Sementara itu, empat lagi kenderaan lain dilaporkan turut sama menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu lori pasir berkenaan.
Sepatutnya pemandu lori ni boleh fikir sikit la. Kalau dah tahu brek rosak bunyi kan lah hon atau terus ke semak. Yang dia tahu nyawa dia je nyawa orang lain yang ada anak kecil, tak ada fikir. Bila cakap bebal karang ada pula yang terasa.
Kenapa lah tak masuk semak tepi untuk elakkan langgar simpang trafik. Naya kena sapu.
Catat Ulasan