
Google dilihat telah mengambil langkah ke arah memberikan pengguna lebih kawalan ke atas paparan gambar di Google Photos. Demikian itu, Google Photos baru sahaja melancarkan satu lagi ciri baru yang membolehkan pengguna menghalang gambar wajah orang lain daripada muncul dalam paparan gambar Memories. Ciri ini membolehkan pengguna untuk memilih wajah orang atau haiwan peliharaan yang tertentu untuk disekat atau disembunyikan.
Ciri seumpama ini cukup berguna bagi mereka yang ingin menyusun dan memperibadikan kenangan digital serta untuk mengelak daripada melihat wajah individu yang tidak diingini. Bagi menggunakan ciri ini, pengguna boleh membuka tetapan Google Photos dan melakukan beberapa langkah mudah seperti berikut:
- Buka aplikasi Google Photos pada peranti anda.
- Tekan ikon gambar profil di sudut kanan atas skrin.
- Pilih ‘Photos Settings’.
- Kemudian pilih ‘Preferences’.
- Pilih ‘Memories’.
- Seterusnya, pilih ‘Hide people and pets’.
- Kemudian anda boleh memilih wajah individu yang ingin disekat daripada senarai gambar Memories yang diambil secara individu atau termasuk pada gambar yang diambil secara berkumpulan.
Catat Ulasan