Pembangunan Kapal Kargo Angkasa Lepas


Amerika Syarikat mempunyai Space Shuttle dan USSR pula mempunyai Buran. Kedua-duanya adalah kapal kargo angkasa lepas yang membantu membawa bekalan ke stesen angkasa lepas serta melancarkan satelit. Bagi memenuhi keperluan misi mereka, China kini memulakan program membangunkan kapal kargo angkasa lepas mereka sendiri.

Dua konsep telah dipilih ke fasa seterusnya oleh Pejabat Kejuruteraan Angkasa China (CMSEO) iaitu Qingzhou oleh Akademi inovasi untuk Mikrosatelit Akademi Sains China (IAMCAS) dan Haolong oleh Perbadanan Industri Penerbangan (AVIC).

Rekaan Haolong yang telah dikongsi oleh AVIC kelihatan seperti pesawat Boeing X-37B. Berdasarkan imej ini, Haolong ialah sebuah kapal kargo angkasa lepas yang tidak mempunyai krew manusia untuk beroperasi.


CMSEO meletakkan keperluan minima membawa sekurang-kurangnya 1800 kg kargo untuk membawa bekalan ke stesen angkasa lepas Tiangong. Pada waktu yang sama ia juga boleh kembali semula mendarat ke bumi selepas menjalan misi.

China pada ketika ini menggunakan kapal angkasa Tianzhou dan Shenzhou untuk melakukan misi membawa bekalan ke Tiangong. Kapal kargo angkasa lepas yang boleh membawa muatan kargo lebih besar diperlukan bukan sahaja untuk keperluan misi masa depan tetapi juga mengurangkan kos kerana ia boleh digunakan berkali-kali.

0/komen