
Sekumpulan penduduk di negeri Himachal Pradesh, India menerima kecaman orang ramai kerana cuba menyelamatkan anak lembu yang ditelan seekor ular sawa.
Menerusi rakaman video ini, tiga lelaki dilihat menghentakkan badan reptilia tersebut di atas tanah.
Hentakan beberapa kali membuatkan anak lembu yang berada di dalam perutnya bergerak secara perlahan-lahan ke arah mulut.
Tidak lama kemudian, pemangsa itu memuntahkan semula makanannya.
Beberapa penduduk tempatan cuba menyelamatkan seekor anak lembu selepas ia ditelan ular sawa.
Adakah anda fikir wajar untuk campur tangan dalam perkara alam semula jadi atau adakah mereka melakukan perkara yang betul.
Anak lembu itu telah mati sebaik sahaja ia ditelan. Dimanakah akal kamu untuk memukulnya demi membebaskan bangkai itu?”.
Itu makanannya (ular sawa)! Jangan sibuk campur tangan!
Catat Ulasan