Pengganas Zionis Serang Iran


Pengganas zionis melancarkan serangan ke atas Iran awal pagi kelmarin sebagai membalas  serangan peluru berpandu Tehran pada 1 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa pengganas zionis, serangan itu mengenai sasaran tentera Iran ketika kira-kira lima  letupan dilaporkan kedengaran di negara itu. 

Jurucakap tentera pengganas zionis, Daniel Hagari berkata,  negaranya kini menyerang dengan sasaran ketenteraan di Iran.

Menurutnya, serangan oleh Iran terhadap Israel sebagai punca serangan itu dilancarkan.

“Tentera Israel bersedia sepenuhnya untuk situasi ofensif dan dan bertahan,” kata Hagari. 

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden diberitahu lebih awal mengenai serangan itu,.

Sejumlah jet pengganas zionis  mengenai sasaran di Tehran, Mashhad dan Karaj, di mana letupan telah dilaporkan berlaku. 

Serangan bermula sekitar 2.30 pagi (waktu tempatan).Mashhad ialah kampung halaman Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei. 

Karaj, sebuah bandar di sebelah barat Tehran, adalah lokasi pusat penyelidikan nuklear. 

Pengganas zionis telah berikrar membalas serangan peluru berpandu balistik Iran pada 1 Oktober lalu.

Iran menyerang Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah dan komander Pasukan Pengawal Revolusi Islam, Abbas Nilforoushan pada 27 September lepas. 
 

0/komen