Peranti Redmi A3 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac yang lalu. Ia merupakan peranti kelas asas dengan fokus terhadap penggunaan harian biasa. Pada masa yang sama diberi nafas baharu pada rekaannya yang kini berbeza dengan beberapa generasi sebelum. Peranti juga kini dijual pada RM349 sebuah iaitu pengurangan dari harga asalnya RM429.
Untuk spesifikasi, peranti dilengkapi skrin LCD 90Hz HD+ berukuran 6.71-inci. Digabung juga dengan cip MediaTek Helio G36, memori 4GB RAM dan storan 128GB dan bateri 5,000mAh untuk tunjang utama. Lebih menarik apabila port USB-C digunakan untuk kali ini menggantikan port mikroUSB pada generasi sebelum. Kamera utama 8MP dan swafoto sebesar 5MP turut disertakan sebagai pelengkap.
Catat Ulasan