Remaja Sembur Cat Belakang Lori


Perbuatan dua remaja lelaki di Pati, wilayah Jawa Tengah yang melakukan perbuatan vandalisme pada sebuah lori semasa sekatan jalan raya mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman ini, remaja yang menunggang motosikal itu dilihat menghampiri belakang sebuah lori. 

Selepas lori berhenti, rakannya berdiri dan menyemburkan cat berwarna putih pada kanvas lori tersebut.


Kedua-dua mereka bagaimanapun ditahan polis di lokasi kejadian sejurus lori itu bergerak. 


0/komen