Sering kali kita merasa gusar melihat rezeki orang lain lebih melimpah, seolah-olah apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, kita harus ingat bahawa setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Tidak akan ada rezeki yang salah alamat atau tersilap jalan. Semua akan tiba pada masa dan tempat yang tepat.
Dalam surah Adz-Dzariyat, ayat 22, Allah berfirman:
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu."
Ayat ini mengingatkan kita bahawa rezeki telah disusun oleh Allah di langit, dan tidak seorang pun dapat mengambil hak rezeki orang lain. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar, berusaha dengan penuh ikhlas, dan yakin dengan ketetapan Allah.
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis sahih riwayat Muslim:
"Sesungguhnya roh qudus (Jibril) telah membisikkan ke dalam jiwaku bahawa tidak ada satu jiwa pun yang akan mati sehingga sempurna rezekinya, sekalipun ia terlambat. Maka, bertakwalah kepada Allah dan perelokkanlah dalam mencari rezeki."
Hadis ini menjadi peringatan bahawa rezeki sudah ditentukan, dan tiada gunanya terburu-buru atau merungut. Apa yang penting adalah kita mencari rezeki dengan jalan yang halal dan menghindari jalan yang haram.
Yakinlah bahawa rezeki takkan pernah salah alamat. Jika Allah telah menetapkan sesuatu untuk kita, tiada siapa yang boleh mengambilnya. Namun, jika ia bukan milik kita, walaupun di hadapan mata, tetap ia akan terlepas. Jangan fokus pada apa yang orang lain miliki, kerana rezeki kita akan tiba pada masa yang terbaik.
Catat Ulasan