Samsung 583L Side-by-Side Refrigerator Di Malaysia


Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih saban hari memungkinkan manusia mencapai pelbagai inovasi terkini termasuklah untuk peralatan rumah. Terbaharu peti sejuk dengan teknologi SmartThing AI Energy baharu iaitu Samsung 583L Side-by-Side Refrigerator telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Daripada namanya sahaja sudah pasti peti sejuk ini boleh dikategorikan dalam produk elektrik yang dikuasai AI. Bermakna bukan sekadar peti sejuk biasa malahan dioptimumkan dengan ciri pintar yang menarik. Misalnya seperti AI Energy Mode yang boleh mengoptimumkan penggunaan tenaga untuk lebih penjimatan sambil memastikan makanan kekal segar.

Sementara itu SpaceMax Technology pula boleh memaksimumkan ruang simpanan dalaman tanpa meningkatkan struktur binaan, manakalan sistem All-Around Cooling disertakan pula memboleh penyejukan yang sekata di dalam peti sejuk. Peti sejuk Samsung berkapasiti 583 liter ini turut dikuasakan dengan hab rumah pintar Samsung SmartThings untuk pengurusan dan pemantauan produk secara menyeluruh dengan lebih mudah.



 Samsung 583L Side-by-Side Refrigerator dijual pada RM4199 .

0/komen